Thursday, May 23, 2013

Tanggang Zaman Moden




 Jangan kita ingat si tanggang zaman dlu saja pandai derhaka, Si tanggang zaman moden lagi dasyat. Baru-baru ni ad kes seorang artis Malaysia yang sanggup caci maki emak dia sebab nak pertahankan hubungan dengan teman wanita. Lepas tu keluarkan kenyataan kat media yang mak dia halau dari rumah. Tang cukup dengan tu, sekarang ni dia sokong pulak teman wanita dia nak saman mak dia...
Sanggup juga memperlakukan ibu sebegitu kan?Sebab manusia sekarang lebih pentingkan diri daripada memikirkan akibat daripada benda yang kita buat.




Walaupun sejahat mana ibu kita, kita harus hormati, Kita jangan fikir hidup kita akan aman dan senang kalau jadi anak derhaka. Cuba kita fikirkan susah payah ibu mengandung dan melahirkan kita. 9 bulan kita digendong di dalam perut.  Tidak pernah kita dengar keluh kesah dia mendidik kita dari 'kosong' sampai kita jadi orang berguna seperti siapa kita sekarang. Slalu kita dengar pepatah syurga di bawah telapak kaki ibu. Tapi, masih juga ada manusia yg ingkar. Setitis air mata ibu, brapa banyak dosa yang kita tanggung? Semua didikan agama mengajar supaya kita hormat ibu...

Mengapa benda sebegini terjadi??

Kita tidak berhak menghakimi sebab perkara ini terjadi. Pelbagai faktor boleh jadi,  saya sangat sedih melihat perkara sebegini. Sebab sudah tertanam dalam diri saya. Keluarga adalah keutamaan saya. Saya gembira kalau saya tengok keluarga gembira. Biarpun saya kurang tidak mampu memberi sebanyak mana wang, kasih sayang terhadap ibu tak akan berubah. Masa kita kecil, nyamuk nak gigit pun ibu tak bagi. Sekarang ni, bila kita dh besar, kita langsung jaga perasaan ibu?


Nasihat saya, hormati dan hargai lah ibu kita sementara hayatnya masih ada, Bahagiakan meraka...
Kembalilah ke pangkal jalan bagi mereka yang sudah mula melupakan jasa dan pengorbanan ibu..