Jangan kita ingat si tanggang zaman dlu saja pandai derhaka, Si tanggang zaman moden lagi dasyat. Baru-baru ni ad kes seorang artis Malaysia yang sanggup caci maki emak dia sebab nak pertahankan hubungan dengan teman wanita. Lepas tu keluarkan kenyataan kat media yang mak dia halau dari rumah. Tang cukup dengan tu, sekarang ni dia sokong pulak teman wanita dia nak saman mak dia...
Sanggup juga memperlakukan ibu sebegitu kan?Sebab manusia sekarang lebih pentingkan diri daripada memikirkan akibat daripada benda yang kita buat.
Mengapa benda sebegini terjadi??
Kita tidak berhak menghakimi sebab perkara ini terjadi. Pelbagai faktor boleh jadi, saya sangat sedih melihat perkara sebegini. Sebab sudah tertanam dalam diri saya. Keluarga adalah keutamaan saya. Saya gembira kalau saya tengok keluarga gembira. Biarpun saya kurang tidak mampu memberi sebanyak mana wang, kasih sayang terhadap ibu tak akan berubah. Masa kita kecil, nyamuk nak gigit pun ibu tak bagi. Sekarang ni, bila kita dh besar, kita langsung jaga perasaan ibu?
Kembalilah ke pangkal jalan bagi mereka yang sudah mula melupakan jasa dan pengorbanan ibu..
ini mesti kisah tanggang moden malaysia, afiq muiz.hahaha
ReplyDelete.Oh Bunda ada dan tiada dirimu, kan slalu ada di hatiku…
ReplyDelete