Tuesday, June 11, 2013

Pelakon Terbaik di Pejabat



Bermacam - macam gelagat pekerja kalau dalam pejabat. Kadang-kadang rasa menyampah pun ada?
Lagi - lagi kalau rakan pekerja kita tu jenis yang perangai macam hampeh. Nak tegur pun serba salah, lagi pun siapa la kita nak tegur kan? kalau kita ni bos punya syarikat tak apa jugak kan. Kalau tegur bimbang ada yang terasa ke?bimbang ada yang benci k? Lama-lama jadi dendam.. susah jugak kan

Antara Gelagat dalam pejabat...

1. Pura-pura sibuk

    
 Memang banyak jumpa manusia macam ni...nak tunjuk yang dia tu sibuk sangat kononnya. Bila bos tengok confirm reputasi dia baik kan. Dapat jugak pujian..Meja pun belonggok dengan kertas, memang penuh la benda kat atas meja dia. Padahal semua benda yang atas meja tu xda kaitan pun dengan kerja pun. Saja nak susun atas meja biar nampak kerja dia paling banyak keja nak buat. Kadang-kadang kertas sampai ke bahu sbb x ckup meja nak letak. Mana tahu dpt simpati dan belas kasihan bos gaji boleh naik lepas tu kan. Kalau tekan calculator tu bunyi nak pecah je. 

2. Online

    Kalau tengok pekerja yang macam khusuk tengok PC macam tengah buat kerja tu jangan percaya 100%. Kadang- kadang dia orang ni ambil kesempatan. Online facebook, twitter, main game dan macam-macam la. Kalau tiba-tiba senyum sorang-sorang depan komputer tu memang sah la buka benda lain. Ada yang lagi pandai tu buat muka stress dan serius depan PC. Muka macam tengah ada masalah keja yang perlu siap ' Just In Time'. Yang paling lucu nya, buka tab minimize je kalau tengah online. Bimbang bos nampak dan kantoi. dah kena bom sampai hangit. Boleh je kalau nak online kan, tp biar la semua kerja settle dulu.

3. Ke hulu ke hilir

 Ibarat nya memang tak jenuh kat kerusi la dan tempat duduk dia. Sentiasa ada benda dia nak buat. Asyik2 pegi fotostat... Entah apa yang di fotostat. Benda yang tak penting pun di fotostat? Kan dah pembaziran kat situ. Lepas tu Pergi fax entah apa-apa pulak. Yang paling lucu sekali bila ada yang pegang fail besar-besar gendong ke sana sini. Datang ke meja kawan lain pun ada, konon nya nak berbincang. Padahal tengah bergosip buat kontroversi. 

4. Telefon
    
Kalau kat ofis telefon memang la free kan. Syarikat yang bayar bill? Setiap saat nak buat panggilan. Kadang- kadang memang la ada benda penting yang memerlukan kita buat panggilan kan. Tapi tak la sepanjang masa. Kadang-kadang kol mak ayah la, kol bf/gf la.. Kalau xda telefon pejabat, telefon bimbit pun xpa. Maklum la sekarang ni kan teknologi canggih-cangih... guna telefon bimbit je dah ckup boleh buat macam-macam. 







3 comments:

  1. Tekan calculator pun nak pecah bunyi. Setuju.hahahhahahaha. lawak!

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal.. nak kate dy tu sibuk kira something...padahal duk kira budget bulan2

    ReplyDelete
  3. hahahhahaha..taip keyboard pun kuat-kuat..hahhaha

    ReplyDelete